


Pada 13 Februari 2010, SMK Majakir telah menghantar seramai 12 orang pelajar ke pertandingan Wetland and Climate Change Challenge yang telah dianjurkan oleh Sabah Wetlands Conservation Society (SWCS). Pertandingan ini diadakan bersempena dengan sambutan World Wetlands Day bertempat di Kota Kinabalu Wetland Centre. Objektif pertandingan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kewujudan ekosistem paya bakau serta ancaman-ancaman semasa. Pelajar juga didedahkan kepada keperluan untuk menjaganya daripada dimusnahkan melalui aktiviti manusia. Selaras dengan tema sambutan World Wetlands Day pada tahun ini iaitu Caring For Wetlands : An Answer To Climate Change, para pelajar telah didedahkan kepada langkah-langkah yang sudah, sedang dan akan diambil oleh pihak SWCS bagi memastikan kawasan paya bakau ini tetap terpelihara daripada ancaman manusia.


Pn. Hajijah Hassan bersama pelajar yang mengikuti pertandingan sempena sambutan World Wetland Day 2010



Pada 27 Februari 2010, seramai 18 orang ahli Kelab Keceriaan SMK Majakir telah mengambil bahagian di dalam program ini yang telah diadakan di muara Sungai Likas Kota Kinabalu. Program ini merupakan anjuran Sabah Wetlands Conservation Society (SWCS) dengan kerjasama Dewan Bandaraya dan Kelab Rotari Kota Kinabalu. Penyertaan beberapa ahli Kelab Keceriaan SMK Majakir adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli kelab mengenai kepentingan pokok bakau khususnya di kawasan pesisir laut. Di samping itu, program ini diharap akan dapat memberi latihan amali yang berguna kepada ahli kelab mengenai kaedah-kaedah menanam pokok bakau yang betul. Ini perlu bagi memastikan kelangsungan hidup anak benih pokok bakau yang ditanam.


Pn. Hajijah Hassan bersama ahli Kelab Keceriaan bergambar kenangan dengan Datuk Iliyas Ibrahim, Datuk Bandar Kota Kinabalu, Hj. Zainie Abdul Aucasa, Presiden SWCS dan peserta lain.
| Visi Sekolah |
Misi Sekolah |
Lagu Sekolah |
Falsafah Sekolah |
Falsafah Pendidikan Negara |
Sejarah SMK Majakir |
Profil Pengetua |
Pentadbir |
Jawatankuasa Pentadbiran |
Jawatankuasa Kurikulum |
Jawatankuasa Hal Ehwal Murid |
Jawatankuasa Kokurikulum |
Jawatankuasa Pra-Universiti |
Misi Dan Visi Lestari |
Piagam Lestari |
Ahli Jawatankuasa Lestari |
Strategi Dan Pelan Tindakan |
Bersama NGO |
Taman Sari |
Koleksi Tanaman Landskap |
