Selamat Datang ke Portal Pendidikan SMK Majakir Papar
Become a member of PORTAL PENDIDIKAN SMK MAJAKIR, right now!
::Daftar Masuk::
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
::Menu Utama::
::Bicara Pengetua::


Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain
Pengetua Cemerlang, DG54 (KUP)

"Kejayaan adalah milik individu yang rajin, berusaha keras dan mengutamakan pelajaran ketika berada di sekolah...."


::Info Sekolah::
::Info Korporat::
::Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar::
::Laman Web/Portal Sekolah Rakan::
Semoga kita mendapat iktibar daripada kecemerlangan sekolah-sekolah ini.
::Portal @ Blog::
Lawati Portal serta laman-laman blog sekolah dan kakitangan SMKM


Portal ICT SMK Majakir
Portal Panitia ICT



Berita Warga SMK Majakir
Admin



Genuine
Junaidi Mahmud



Muetmyway
Audrey Koh Sui Ean



Cikgu Aina
Noor Aainah Pg. Jaafar



::Pautan Untuk Pelajar::
Laman-laman berikut menyediakan nota-nota berguna untuk panduan pelajar. Semoga berjaya.

PMR
Bengkel Menjawab Soalan BM PMR
Nota-nota Sejarah PMR
Tips Bantuan Ulangkaji Sejarah PMR

SPM
Bengkel Menjawab Soalan BM SPM

STPM
Sedang dikemaskini

PMR & SPM
E-Tutor.com.my

PMR, SPM & STPM
JURNAL MUNSYI 2008 (Edisi Perdana)
Koleksi Kertas Kajian Tindakan Guru-guru SMK Majakir 2008



Semua Kertas Kajian Tindakan di bawah adalah dalam format PDF, bagi yang tiada perisian Acrobat Reader sila klik ikon berikut:



Klik pautan di bawah untuk membaca artikel.

Kepimpinan Guru (Teacher Leadership)
Di Sebuah Sekolah Menengah Kerajaan
Di Papar : Kes SMK Majakir
(Loh Kok Cheang)


Kaedah Mesra Warna
(Di Kalangan Murid Tingkatan Lima)
(Hajijah Hasan)*


Meningkatkan Keupayaan Menulis Karangan Sepanjang Sekurang-kurangnya 350 Patah Perkataan Dalam Masa Yang Ditetapkan Menggunakan Kaedah Salin dan Jalin
(Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar)


Aplikasi Pendekatan Kolaboratif Untuk Meningkatkan Interaksi Berkesan Semasa Perbincangan Dalam Kumpulan Pelajar Tingkatan Enam Atas Sains
(Fareed Abdullah)


Penggunaan ’Sistem Trek’ Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua)
(Md. Arman @ Jamaludin Ag.Damit)


Penggunaan Kaedah “Drill And Practice” Dalam P&P Untuk Meningkatkan Kemahiran Pelajar Di Dalam “Summary Writing”
(Idzam Zakaria & Zainah Fauzee)


Menggunakan Kaedah Kuiz Bagi Meningkatkan Penguasaan Pengetahuan Pelajar Tingkatan 6 Atas dalam Topik Pentadbiran,Peundangan dan Kehakiman (Pengajian Am I)
(Ishak Hebeb Abu Bakar & Dariah Jawatin)


Meningkatkan Keupayaan Menghafal Fakta Dalam Penulisan Esei Ekonomi Asas Melalui Pendekatan Minda Bersistem
(Amanda Wong)


Menjawab Soalan Nombor 1, Esei Kertas II Sains Teras SPM dengan Menggunakan Kaedah LIBAS.
(Muhammad Fadzli Mamat)


Sistem Pembelajaran N-P ( NOTA POKET ) Meningkatkan Daya Ingatan Pelajar (Ting.3) Dalam BAB 3 : Ancaman Komunis Dan Darurat
(Dg.Sarinah Ag.Sura)


::Today's Thought::
::Laman Web IPTA::




Universiti Malaysia Sabah


Universiti Malaysia Sarawak


Universiti Kebangsaan Malaysia


Universiti Utara Malaysia


Universiti Teknologi Malaysia


Universiti Pendidikan Sultan Idris


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Universiti Putra Malaysia


Universiti Malaya


Universiti Sains Malaysia


Universiti Teknologi Mara


Universiti Teknikal Malaysia Melaka


Universiti Malaysia Pahang


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


Universiti Malaysia Terengganu


Universiti Sains Islam Malaysia


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


Universiti Malaysia Kelantan


Universiti Malaysia Perlis


Universiti Darul Iman Malaysia



Assalamualaikum wbt / Salam Sejahtera / Salam 1 Malaysia


Selamat Datang Ke Portal Pendidikan SMK Majakir Papar



Panorama SMK Majakir Papar

Sekadar Renungan Bersama




Terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan :

Pertama- Seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya.

Kedua - Seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya.

Ketiga - Seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya.

Berbahagia hendaknya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Oleh itu marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.




Biodata Sami Yusof....klik di sini untuk pautan


Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009




Dari kiri : En. Fadzli Mamat, En. Edward Jack, Cik Amanda Wong Li Ling, En. Kassim Hj Wiro, En. Rosley Saneh, En. Noorhisam Othman dan En. Yamin Siki

Tahniah kerana telah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009. Ikhlas dari seluruh warga SMK Majakir

Pelajar SMK Majakir yang telah terpilih mewakili Sabah di Kejohanan SUKMA XIII




Pihak Sekolah ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pelajar SMK Majakir yang telah terpilih untuk mewakili Sabah di Kejohanan SUKMA XIII pada tahun ini.



Hari Bertemu Pelanggan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Peringkat Daerah Papar



Lawatan Dr. Hj. Muhiddin Bin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah ke ruang pameran SMK Majakir.
Seminar Profesionalisme Kajian Tindakan 2010



Seminar Profesionalisme ini telah diadakan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Papar 2010.


Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Papar 2010



Tema Sambutan : Guru Pembina Negara Bangsa

Ruangan untuk menulis komen, pesanan ringkas serta idea berharga anda



ShoutMix chat widget


Komen serta pandangan positif anda amat kami hargai - Admin
Info Semasa Alam Pendidikan

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NASIONAL (NKRA)

Dalam bidang pendidikan, bidang keutamaan yang dikenalpasti dan perlu diberi keutamaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu: Prasekolah- dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012. Literasi dan Numerasi- di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012. Sekolah Berprestasi Tinggi- di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.

Maklumat lanjut mengenai NKRA boleh dimuat turun di sini.


LAGU-LAGU PATRIOTIK


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

STAF SMK MAJAKIR PAPAR



Enrolmen Staf SMK Majakir
82 orang guru dan 15 orang KTBM.
Setakat 26/1/2010.

Posted by UMDS on 2010/7/28 0:43:29 (66 reads)

MAJLIS DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN STAF SMK MAJAKIR


Cik Dg. Ku Army Bte Pg. Mayasin dan En. Rosleh Saneh

27 Julai 2010 (Selasa)- Majlis ini telah dianjurkan oleh pihak KESMA SMK Majakir dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah. Hari ini merupakan hari yang cukup bersejarah kepada salah seorang kakitangan bukan mengajar yang paling lama berkhidmat di SMK Majakir. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Rosleh Saneh. Hari ini genaplah umur beliau 50 tahun. Tanpa pengetahuan beliau, pihak KESMA dan pihak pentadbiran sekolah telah merancang majlis ini sebagai tanda terima kasih warga guru dan KTBM SMK Majakir. Walaupun majlis ini diadakan pada skala yang kecil namun keriuhan dan keterujaan guru-guru sesungguhnya telah memeriahkan majlis tersebut.




Guru-guru yang berkelapangan telah hadir ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan dan menghargai rakan-rakan seperjuangan.


En. Rosleh menerima hadiah daripada Pn. Lailatun Haslina (PK HEM) mewakili pihak pentadbiran sekolah.


Tn. Hj. Idzam Zakaria mewakili rakan-rakan guru yang lain menyampaikan buah tangan kepada En. Rosleh Sanah.


Selamat menyambut ulang tahun yang ke-50 (setengah abad), semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Ikhlas dari semua warga SMK Majakir.

Majlis ini turut meraikan Cik Dg. Ku Army Bte Pg. Mayasin. Pada tanggal 31 Julai 2010, beliau akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di SMK Majakir. Selama setahun 3 bulan beliau berkhidmat dan menabur bakti di SMK Majakir, beliau merupakan seorang guru yang rajin dan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang dituntut dari seorang guru. Beliau memilih untuk tidak meneruskan kerjaya sebagai guru kerana telah menerima tawaran untuk menjadi Pensyarah di Kolej Yayasan Sabah.


Dg.Ku Army menerima cenderakenangan yang disampaikan oleh Tn. Hj. Ustaz Kaharudin Yusupala, Pengerusi KESMA 2010/2011.


Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima dan selamat maju jaya di dalam apa jua bidang yang diceburi.


Doa selamat dibacakan memohon keberkatan dari yang maha esa agar majlis yang diadakan akan diberkati




Guru-guru SMK Majakir yang sentiasa menyokong dan menghargai apa jua program atau aktiviti yang dianjurkan oleh KESMA.

Read More... | 4542 bytes more | Comments?

Posted by UMDS on 2010/7/24 0:19:20 (60 reads)

PELAJAR SMK MAJAKIR MEWAKILI SABAH DI KEJOHANAN SUKMA XIII TAHUN 2010


Dari kiri : En. Sapri Marup (Penolong Kanan Kokurikulum), Nursyafikah Abdul Samad, Norhidayah Yusof, DK. Norazira Pg Abd Rahman, Hannanie Jae Sung Han dan Noor Azian Maslin Sazali

23 Julai 2010 (Jumaat)- Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) kali ke-13 pada tahun ini telah berlangsung pada 10-19 Jun di Negeri Melaka. Seramai 5 orang pelajar SMK Majakir telah terpilih untuk mewakili Negeri Sabah dalam Kejohanan SUKMA edisi ke-13 dalam 3 acara iaitu ; Acara Berbasikal, Acara Memanah dan Acara Ping Pong. Berikut merupakan pencapaian kelima-lima pelajar tersebut di dalam acara sukan yang telah mereka sertai.


Noor Azian Maslin Bte Sazali - 3 Dinamik

Acara Berbasikal Wanita

Acara Berkumpulan 50KM
Tempat ke 7/9 kumpulan yang bertanding.
Acara Individu 30KM
Tempat ke 11/28 peserta yang bertanding.
Acara Criterium 5.2KM
Tempat ke 38/58 peserta yang bertanding.
Acara Mast Start 111.8KM Berkumpulan
Tempat ke 2
Acara Mast Start 111.8KM Individu
Tempat ke 7/80 peserta yang bertanding.


Dari kiri: Nursyafikah Abdul Samad, DK. Norazira Pg Abd Rahman, Hannanie Jae Sung Han

Acara Memanah Wanita

Hannanie Jae Sung Han (4 Teknologi)
Acara Individu: Recurve Women
Tempat ke 27/52 peserta yang bertanding.
Acara Individu : 70M
Tempat ke 23/52 peserta yang bertanding.
Acara Individu : 60M
Tempat ke 20/52 peserta yang bertanding.
Acara Individu : 50M
Tempat ke 25/52 peserta yang bertanding.
Acara Individu : 30M
Tempat ke 9/52 peserta yang bertanding.
Acara Berkumpulan : 70M
Tempat ke 11.

Nursyafikah Abdul Samad (3 Dinamik)
Acara Individu: Recurve Women
Tempat ke 37/52 peserta yang bertanding.
Acara Berkumpulan : 70M
Tempat ke 11.

DK Norazira Pg Abdul Rahman (3 Amanah)
Acara Individu: Compound Women
Tempat ke 45/52 peserta yang bertanding.


Norhidayah Bte Yusof (3 Amanah)

Acara Ping Pong

Acara Bergu Campuran
Pusingan Pertama.
Acara Berpasukan Wanita
Pusingan Pertama.

Penyertaan para pelajar di dalam SUKMA kali ini amat membanggakan pihak sekolah. Pengalaman yang ditimba melalui acara-acara yang disertai diharap akan dapat membantu para atlit untuk meningkatkan prestasi dalam disiplin sukan masing-masing.



Posted by UMDS on 2010/7/18 2:05:17 (84 reads)

HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH PERINGKAT DAERAH PAPAR




Sebahagian dari tetamu yang hadir di majlis Hari Bertemu Pelanggan yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Papar.

17 Julai 2010 (Sabtu)- Pagi tadi telah berlangsung majlis ini bertempat di Dewan Masyarakat Baru Papar. Majlis telah bermula seawal jam 0700 pagi. Orang ramai yang datang telah mengambil peluang untuk melawat ruang pameran yang dibuka oleh sekolah-sekolah di daerah Papar. Majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Papar telah mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada sekolah-sekolah di daerah Papar. Sekolah-sekolah yang terlibat telah menggunakan ruang dan peluang yang tersedia untuk mempromosikan pakej serta produk hasilan sekolah masing-masing. Pelbagai pakej serta produk yang dipamerkan untuk tatapan orang ramai diharap akan dapat memberi sedikit panduan kepada ibubapa khasnya mengenai kekuatan yang ada pada setiap sekolah. Majlis kali ini turut disertai oleh 10 sektor utama serta 2 unit iaitu Jemaah Nazir serta Bahagian Teknologi Pendidikan. Kesemua sektor yang terlibat ialah Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan, Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Jaminan Kualiti, Sektor Kemanusiaan, Sektor Penilaian Dan Peperiksaan, sektor Pengurusan Akademik, Sektor Pendidikan Islam, Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Sektor Pendidikan Khas Dan Swasta dan Sektor Psikologi Dan Kaunseling. Setiap sektor juga telah membuka meja untuk sesi bertemu dengan pelanggan.


Ketibaan Dr. Hj. Muhiddin Bin Yusin disambut oleh En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar serta Pengetua dan Guru Besar.

Majlis kili ini merupakan yang ketiga dilaksanakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Majlis yang serupa telah diadakan di daerah Tuaran pada bulan April 2010 dan di daerah Tambunan pada minggu lepas. Matlamat utama majlis ini diadakan adalah untuk membawa perkhidmatan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah kepada masyarakat khususnya kepada para ibubapa dan kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Selain daripada itu Pengarah Pelajaran juga berminat untuk mendengar permasalahan ibubapa berkaitan dengan persekolahan anak mereka. Kesemua ini telah dapat direalisasikan melalui sesi dialog yang telah dimoderatkan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamad Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Read More... | 6140 bytes more | Comments?

Posted by UMDS on 2010/7/17 1:33:08 (50 reads)

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PENGETUA CEMERLANG SMK MAJAKIR DI ATAS KENAIKAN PANGKAT KE DG54 (KUP)


Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang, DG54 Khas UNtuk Penyandang (KUP)

16 Julai 2010 (Khamis)- Pihak KESMA mewakili seluruh warga SMK Majakir ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Pengetua Cemerlang SMK Majakir, Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain di atas kenaikan pangkat dari DG52 ke DG54 (KUP) pada tahun ini.

Sebagai tanda penghargaan warga sekolah terimalah pantun berikut :

Pengetua Cemerlang diberi gelaran
Sentiasa segak senyum terukir
Sekalung tahniah kami ucapkan
Daripada warga sekolah Majakir



Setiap langkah disusun rapi
Untuk mencapai segala visi
Jalankan tugas seikhlas hati
Naik pangkat rezeki diberi



Tersenyum simpul berbunga rasa
Segala usaha dihargai sentiasa
Pengetua naik pangkat kami tumpang gembira
Mudah-mudahan berkat selamanya



Mesra budi minda bervisi
Merendah diri jiwa berwawasan
Bangga dan gembira terangkum dihati
Syabas dan tahniah kami ucapkan



Pantun oleh : En. Junaidi Mahmud dan Pn. Noor Aainah Bte Ag. Jaafar


Posted by UMDS on 2010/7/15 0:22:59 (43 reads)

PERTANDINGAN "PUBLIC SPEAKING" PERINGKAT DAERAH PAPAR 2010


Pasukan SMK Majakir yang terdiri daripada 6 orang pelajar dan 2 orang guru.

14 Julai 2010 (Rabu)- Pertandingan "Public Speaking" Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Papar pada tahun ini telah diadakan pada 8 Julai 2010 bertempat di sekolah SMK ST Joseph Papar yang juga bertindak selaku penganjur pertandingan. Sebanyak 10 buah sekolah menengah di daerah Papar telah mengambil bahagian. Setiap sekolah diwakili oleh seorang peserta yang bertanding.


Adik Aida Sabreena Rosmazlan dari SMK Majakir Papar.

Pada tahun ini, SMK Majakir telah diwakili oleh adik Aida Sabreena Rosmazlan pelajar Tingkatan 2 Dinamik. Pihak sekolah turut membenarkan seramai 5 orang pelajar untuk turut serta mengikuti pertandingan tersebut sebagai pelapis dan penyokong. Turut serta ialah Guru Pengiring, Pn. Salmah Saini dan Jurulatih, Pn. Audrey Koh Sui Ean.




Adik Aida Sabreena Rosmazlan menerima Pingat dan Sijil Penyertaan daripada En. Jamal Ramlee.

Pertandingan "Public Speaking" pada tahun ini telah berjaya diraih oleh Sekolah SMK Takis diikuti oleh SMK Majakir (Naib Juara) dan SMK ST Joseph (Tempat Ketiga).
Adik Aida Sabreena Rosmazlan dalam penyertaan sulungnya telah berjaya meyakinkan para panel juri melalui 2 syarahan yang cukup bertenaga. Tajuk yang telah disampaikan ialah "Laughter Is The Best Medicine" dan "Should UPSR and PMR examinations be abolished?. Hadiah yang berupa Piala dan Sijil Penyertaan telah disampaikan kepada peserta oleh En. Jamal Ramlee (Ketua Unit Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Daerah Papar.


Adik Aida Sabreena Rosmazlan bersama jurulatih, Pn. Audrey Koh Sui Ean.



Sumber Berita Dan Foto : Pn. Audrey Koh Sui Ean.


(1) 2 3 4 ... 30 »
::Makluman::



::Masa::

Hargai masa kerana
masa itu ibarat emas......
Space we can recover, but time never.
Napoleon Bonaparte


::e-Solat::
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
An-Nisaa' 103


::Countdown::
Peperiksaan PMR 2010

Peperiksaan Bertulis
SPM & STPM 2010


::Tarikh-Tarikh Penting Persekolahan::


Tarikh Cuti Peristiwa

14 September 2010 (Selasa)

15 September 2010 (Rabu)

17 September 2010 (Jumaat)


Excel PMR, SPM, STPM 2010

PMR
2 - 6 Ogos 2010


SPM
13 - 27 Ogos 2010


STPM
16 - 27 Ogos 2010
::Info Pelawat::



widget

Sejak: 19 Februari 2009

::Isu Semasa::


Pautan Ke Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia


Pautan ke Laman Web Hari Aids Sedunia 2009


Pautan ke Laman Web Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

::e-Kamus::




::Tinjauan Umum::
::Pautan Umum::



Kabinet Malaysia


Laman Kerajaan
Elektronik Sabah


Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan


Kenali Malaysia,
Cintai Malaysia


Perbadanan Pelancongan Sabah


Beli Barangan Malaysia,
Pilihan Bijak


Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)




















::Pautan Pendidikan::


Kementerian Pelajaran Malaysia


Jabatan Pelajaran Negeri Sabah


Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan


























::Pautan Alam Sekitar::


Bumi Kita
Tanggungjawab Kita


Bersama Kita Menjaga Alam Sekitar


World Wide Fund For Nature.

::Pautan Berita Online::











::Carian Dalaman::
::Carian Wikipedia::

Search Wikipedia:



::Carian Google::
Google

Copy. Paste. Search.
Google web search
Search :


WWW
 www.smk-majakir.net

SafeSearch::


Advanced Search
::Sponsor Links::