BERITA TERKINI : KESMA
MAJLIS DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN STAF SMK MAJAKIR

Cik Dg. Ku Army Bte Pg. Mayasin dan En. Rosleh Saneh
27 Julai 2010 (Selasa)- Majlis ini telah dianjurkan oleh pihak KESMA SMK Majakir dengan kerjasama pihak pentadbiran sekolah. Hari ini merupakan hari yang cukup bersejarah kepada salah seorang kakitangan bukan mengajar yang paling lama berkhidmat di SMK Majakir. Beliau yang dimaksudkan ialah En. Rosleh Saneh. Hari ini genaplah umur beliau 50 tahun. Tanpa pengetahuan beliau, pihak KESMA dan pihak pentadbiran sekolah telah merancang majlis ini sebagai tanda terima kasih warga guru dan KTBM SMK Majakir. Walaupun majlis ini diadakan pada skala yang kecil namun keriuhan dan keterujaan guru-guru sesungguhnya telah memeriahkan majlis tersebut.

Guru-guru yang berkelapangan telah hadir ke majlis tersebut sebagai tanda sokongan dan menghargai rakan-rakan seperjuangan.

En. Rosleh menerima hadiah daripada Pn. Lailatun Haslina (PK HEM) mewakili pihak pentadbiran sekolah.

Tn. Hj. Idzam Zakaria mewakili rakan-rakan guru yang lain menyampaikan buah tangan kepada En. Rosleh Sanah.

Selamat menyambut ulang tahun yang ke-50 (setengah abad), semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Ikhlas dari semua warga SMK Majakir.
Majlis ini turut meraikan Cik Dg. Ku Army Bte Pg. Mayasin. Pada tanggal 31 Julai 2010, beliau akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di SMK Majakir. Selama setahun 3 bulan beliau berkhidmat dan menabur bakti di SMK Majakir, beliau merupakan seorang guru yang rajin dan menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang dituntut dari seorang guru. Beliau memilih untuk tidak meneruskan kerjaya sebagai guru kerana telah menerima tawaran untuk menjadi Pensyarah di Kolej Yayasan Sabah.

Dg.Ku Army menerima cenderakenangan yang disampaikan oleh Tn. Hj. Ustaz Kaharudin Yusupala, Pengerusi KESMA 2010/2011.

Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima dan selamat maju jaya di dalam apa jua bidang yang diceburi.

Doa selamat dibacakan memohon keberkatan dari yang maha esa agar majlis yang diadakan akan diberkati

Guru-guru SMK Majakir yang sentiasa menyokong dan menghargai apa jua program atau aktiviti yang dianjurkan oleh KESMA.
VC kredit kepada : Pn. Audrey Koh Sui Ean

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
| Poster | Thread |
|---|