BERITA TERKINI : KOKURIKULUM
12 PINGAT EMAS DAN KETIGA TERBAIK DI DAERAH PAPAR

Keputusan akhir pungutan pingat di Kejohanan Padang dan Balapan MSSM Daerah Papar tahun 2010.
4 Mac 2010 (Khamis)- Hari ini merupakan hari kemuncak Kejohanan Padang Dan Balapan MSSM Daerah Papar. Selama 4 hari kejohanan ini berlangsung, seramai 640 orang atlet telah bersaing untuk menjadi juara di peringkat daerah Papar. Atlet-atlet yang bertanding mewakili 11 buah sekolah menengah dan 5 zon sekolah rendah. Selain daripada itu sebanyak 8 rekod baru kejohanan telah berjaya dicipta.

Petugas-petugas sedang membawa Buletin MSSM Dearah Papar yang dihasilkan oleh AJK Dokumentasi yang diketuai oleh En. Nik Ahmad Solehuddin dan dibantu oleh En. Lee P.S.
Buletin 2 mukasurat ini memuatkan berita-berita bergambar yang telah berlangsung pada hari sebelumnya. Kandungan buletin sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit gambaran mengenai prestasi para atlet yang bertanding dan kedudukan terkini yang turut dimuatkan sebagai sisipan buletin.
Hari ini dua acara yang sangat dinanti-nantikan oleh para penonton dan peserta ialah acara 100m akhir bagi semua kategori dan acara saringan 4x400m yang dijalankan di sebelah pagi.
Di kesempatan ini pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat bertugas di gelanggang-gelanggang pertandingan sebagai pembantu pegawai teknikal. Bantuan anda semua telah membantu melancarkan perjalanan kejohanan. Bagi pelajar-pelajar Sains Sukan, anggaplah ini sebagai satu bentuk latihan amali untuk memperkukuhkan lagi kefahaman terhadap teori-teori yang telah dipelajari di kelas.

Pelajar Sains Sukan SMK Majakir.

Pasukan Kadet Polis SMK Majakir.

Pasukan Kadet Polis SMK Benoni.

Pasukan PKBM SMK Majakir.

Hari ini hanya 2 pingat emas dapat disumbangkan oleh atlet-atlet yang bertanding menjadikan jumlah pingat emas yang dimenangi ialah 12. Kecederaan yang dialami oleh beberapa orang atlet telah menjejaskan persembahan mereka.

Adik Randie James mendapat pingat emas dalam acara lempar cakera kategori lelaki bawah 18 tahun.

Kuartet 4x400m kategori lelaki bawah 15 tahun juga mendapat pingat emas.
Majlis Penutupan Kejohanan kali ini telah disempurnakan oleh tetamu terhormat YM Ir. Datu Jamigul Datu Salin, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah. Beliau mewakili Datuk Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Dr. Hj. Muhiddin Yusin yang tidak dapat hadir kerana tugas-tugas lain.

Ketibaan YM Ir. Datu Jamigul Datu Salin disambut oleh En. Abidin Marjan, Pegawai Pelajaran Daerah Papar dan Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir serta tetamu-tetamu khas yang lain.

Pengetua, Guru Besar dan pegawai-pegawai kerajaan lain yang turut hadir memeriahkan majlis penutupan.
Sebaik sahaja selesai acara 4x400m pada petang tadi, perbarisan lalu kontingen-kontingen yang mengambil bahagian pada tahun ini telah dijalankan. Secara tradisinya acara ini setiap tahun akan dipertandingkan bertujuan untuk memeriahkan lagi suasana kejohanan. Tahniah kepada ahli perbarisan SMK Takis yang telah berjaya muncul sebagai Johan Perbarisan.

Kontingen perbarisan SMK Majakir yang terdiri daripada 30 ahli dan dipimpin oleh En. Salleh Dullah

Jurulatih atlet sekolah bersama pembawa sepanduk kontingen perbarisan Adik Azura.

YM Ir. Datu Jamigul diperkenalkan kepada ketua Kontingen Atlet SMK Majakir.

YM Ir. Datu Jamigul menyerahkan bendera kejohanan kepada Pengetua SMK ST Mary Limbahau yang akan menjadi tuan rumah kejohanan yang sama pada tahun hadapan.
Secara keseluruhannya, prestasi Kontingen Atlet Sekolah pada tahun ini lebih baik berbanding pada tahun sebelumnya. Pungutan 12 pingat emas melebihi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 10 pingat emas. Sudah terang lagi bersuluh, Kejohanan Padang Dan Balapan MSSM Daerah Papar pada tahun ini menyaksikan SMK Kinarut dinobatkan sebagai juara keseluruhan diiukuti oleh SMK ST Mary di tempat kedua dan SMK Majakir di tempat ketiga terbaik. Tahniah kepada semua sekolah yang telah mengambil bahagian, kalah dan menang adat bertanding. Kedua-duanya mempunyai hikmah serta nlai pengajaran yang tersendiri. Oleh itu yang menang perlu berusaha lebih gigih untuk mempertahankan kejuaraan manakala yang kalah akan berusaha lebih gigih untuk mencapai mercu kejayaan.

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
| Poster | Thread |
|---|