Selamat Datang ke Portal Pendidikan SMK Majakir Papar
Become a member of PORTAL PENDIDIKAN SMK MAJAKIR, right now!
::Daftar Masuk::
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
::Menu Utama::
::Info Sekolah::
BERITA TERKINI : PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
Posted by UMDS on 2010/2/6 13:34:07 (110 reads)

GOTONG ROYONG MUHIBAH



06 Februari 2010 (Sabtu)- Sebentar tadi telah berlangsung aktiviti gotong royong untuk membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah. Aktiviti ini merupakan anjuran Persatuan Ibubapa Guru yang diterajui oleh En. Shahbuddin Ag. Damit. Aktiviti ini telah dimulakan pada jam 7.30 am dengan ucapan alu-aluan daripada YDP PIBG.

Dalam ucapannnya beliau menyatakan bahawa objektif penganjuran aktiviti seperti ini adalah untuk mengeratkan lagi tali silatuhrahim antara ibubapa, guru-guru serta beberapa agensi kerajaan di daerah Papar.


YDP, AJK PIBG serta guru-guru yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama bergotong royong pada pagi tadi.

YDP PIBG turut melahirkan rasa kecewa beliau kerana tidak ramai ibubapa yang hadir. Beliau berpesan kepada para ibu bapa yang hadir untuk menyampaikan pesanan beliau kepada mereka bahawa ibubapa perlu meluangkan sedikit masa demi anak-anak mereka yang bersekolah di sini. Menurut beliau, jika kawasan persekitaran sekolah bersih dan ceria maka para pelajar sudah pasti akan dapat belajar dengan lebih tenteram.




YDP PIBG bersama-sama dengan para bapa secara sukarela telah membantu membersihkan kawasan parit berhadapan mini gym.


Para ibu telah menunjukkan kehebatan mereka menanam pokok bunga yang dibekalkan oleh pihak sekolah.

Satu-satunya agensi kerajaan yang dapat menghadirkan diri pada hari ini ialah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Papar. Jabatan Pertanian Papar telah menyumbang beberapa peralatan untuk berkebun, racun makhluk perosak, racun rumput serta pelbagai biji benih sayuran dan pokok buah-buahan.


Pegawai-pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Papar telah membantu membersihkan kawasan belakang surau.


Pengetua turut serta menceriakan kawasan sekitar Bilik Kitar Semula.

Selama 2 jam aktiviti gotong royong ini berlangsung, sebanyak 100 pokok bunga pelbagai jenis telah berjaya ditanam di beberapa lokasi strategik sekitar sekolah. Secara keseluruhan, aktiviti gotong royong kali ini boleh dianggap berjaya mencapai objektifnya. Memandangkan tahun ini sekolah akan bertanding untuk kategori Sekolah Wira Serasi dan Sekolah Lestari maka aktiviti seperti ini wajar diteruskan pada skala yang lebih kecil di masa akan datang.


Pelajar-pelajar asrama yang teruja melihat aktiviti gotong royong ini, turut turun padang dan menyumbang tenaga.


Pelajar sedang mengecat papan tanda Taman Bidang Bahasa


Pelajar-pelajar yang terlibat dalam aktiviti gotong royong tetap bersemangat walaupun keadaan cuaca agak panas dan kering. Syabas ! untuk anda semua.

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend
 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Poster Thread
::Carian Dalaman::
::Carian Google::
Google

Copy. Paste. Search.
Google web search
Search :


WWW
 www.smk-majakir.net

SafeSearch::


Advanced Search
::Sponsor Links::