Selamat Datang ke Portal Pendidikan SMK Majakir Papar
Become a member of PORTAL PENDIDIKAN SMK MAJAKIR, right now!
::Daftar Masuk::
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
::Menu Utama::
::Info Sekolah::
BERITA TERKINI : HAL EHWAL MURID
Posted by UMDS on 2010/2/1 14:52:12 (80 reads)

MAJLIS AKADEMIK BERSAMA PENGETUA


Pengetua, YDP PIBG bersama barisan pentadbir sekolah di majlis tersebut

01 Februari 2010 (Isnin)- Pagi tadi telah berlangsung satu Majlis Akademik bersama Tn. Hj. Abdul Aziz B. Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Majakir. Majlis ini dianjurkan oleh Unit Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin, Hal Ehwal Murid. Sasarannya ialah para pelajar Tingkatan 5 Sastera II, seramai 28 orang. Turut dijemput ialah ibubapa pelajar yang terlibat, YDP PIBG, En. Shahbuddin Ag. Damit, kaunselor, guru-guru mata pelajaran, guru kelas serta Ketua Bidang dan Ketua Panitia Bahasa Melayu.


Antara ibubapa yang dapat hadir di majlis tersebut.


Pelajar-pelajar Tingkatan 5 Sastera II sedang mendengar amanat serta nasihat yang disampaikan oleh pengetua.

Tujuan utama majlis di diadakan adalah untuk memberi penerangan serta berkongsi pengalaman dengan ibubapa pelajar mengenai tahap kesedaran pelajar terhadap prestasi akademik mereka di sekolah.

Pengetua dalam ucapannya menegaskan betapa pentingnya untuk pelajar lulus sekurang-kurangnya memperolehi kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM. Di peringkat awal ini sudah terdapat segelintir pelajar yang dikesan bersikap acuh tak acuh terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Situasi ini sememangnya membimbangkan kerana ianya boleh menjejaskan masa depan pelajar. Pengetua menasihatkan pelajar agar lebih fokus terhadap pelajaran dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah di sekolah.

Pengetua juga menggunakan ruang ini untuk memberi penjelasan kepada pihak ibubapa bahawa pihak sekolah 100% komited untuk membantu dan membimbing pelajar tanpa sikap pilih kasih. Ini dilaksanakan melalui program-program yang telah disusun oleh pihak sekolah bersama unit-unit pentadbiran, akademik dan HEM.

Pengetua juga berkongsi hasrat serta matlamat sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum seperti mana yang dituntut oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Menurut beliau, kecemerlangan akan dapat dicapai sekiranya semua pihak khususnya pelajar, ibubapa dan guru memahami aspirasi murni tersebut.


Tn. Hj. Kaharuddin Yusupala, Guru Cemerlang sedang berkongsi tips ciri-ciri pelajar yang mahu belajar.

Di majlis yang sama, Tn. Hj. Kaharuddin Yusupala telah berkongsi beberapa tips iaitu ciri-ciri pelajar yang berjaya. Menurut beliau pelajar dan ibubapa seharusnya berkorban masa, tenaga dan wang, pelajar perlu mendampingi guru mata pelajaran untuk mendapatkan nasihat dan bersikap sabar serta tidak mudah berputus asa.


Pengetua menyerahkan fail yang mengandungi Borang Akujanji Pelajar serta sasaran pelajar kepada salah seorang pelajar yang terlibat.

Kemuncak majlis ini ialah majlis penyerahan Borang Akujanji Pelajar serta sijil yang tertera target pelajar dalam peperiksaan SPM yang akan datang. Ibubapa akan menandatangi Borang Akujanji tersebut sebagai simbolik mereka juga akan bersama-sama dengan pihak sekolah untuk memastikan setiap pelajar berusaha untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM kelak.




Ibubapa menandatangi Borang Akujanji Pelajar.

Melalui majlis ini adalah diharapkan semua pihak dapat memahami aspirasi yang hendak dicapai oleh pihak sekolah iaitu untuk memacu kecemerlangan yang berterusan. Majlis ini juga bukti komitmen sekolah untuk memberi peluang pendidikan sama rata tanpa mengira latar belakang pelajar.


Printer Friendly Page Send this Story to a Friend
 
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.
Poster Thread
::Carian Dalaman::
::Carian Google::
Google

Copy. Paste. Search.
Google web search
Search :


WWW
 www.smk-majakir.net

SafeSearch::


Advanced Search
::Sponsor Links::