Selamat Datang ke Portal Pendidikan SMK Majakir Papar
Become a member of PORTAL PENDIDIKAN SMK MAJAKIR, right now!
::Daftar Masuk::
Username:

Password:


Lost Password?

Register now!
::Menu Utama::
::Bicara Pengetua::


Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain
Pengetua Cemerlang, DG54 (KUP)

"Saya percaya ada potensi pelajar yang belum dikembangkan dan ada keupayaan pendidik yang belum dizahirkan untuk menterjemahkan visi sekolah kepada realiti.." Program Peningkatan Prestasi PMR, SPM dan STPM 2011.


::Info Sekolah::
::Info Korporat::
::Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar::
::Portal@Blog@FB::
Lawati Portal Sekolah, Daerah, Laman Facebook Sekolah Serta Laman Blog Staf SMK Majakir



Portal PPD Papar

Portal ICT SMK Majakir
Portal Panitia ICT


Blog Pusat Sumber Sekolah


Komuniti Hijau SMKM


Koleksi Gambar 2009 - 2010


Koleksi Gambar bermula 2011


Genuine
Junaidi Mahmud



Muetmyway
Audrey Koh Sui Ean



Cikgu Aina
Noor Aainah Pg. Jaafar



danganis-cikgusejarahk1
Dg. Nismah Abd Rahman

::Pautan Untuk Pelajar::
Laman-laman berikut menyediakan nota-nota berguna untuk panduan pelajar. Semoga berjaya.

PMR
Bengkel Menjawab Soalan BM PMR
Nota-nota Sejarah PMR
Tips Bantuan Ulangkaji Sejarah PMR

SPM
Bengkel Menjawab Soalan BM SPM

STPM
Sedang dikemaskini

PMR & SPM
E-Tutor.com.my

PMR, SPM & STPM
JURNAL MUNSYI 2008 (Edisi Perdana)
Koleksi Kertas Kajian Tindakan Guru-guru SMK Majakir 2008



Semua Kertas Kajian Tindakan di bawah adalah dalam format PDF, bagi yang tiada perisian Acrobat Reader sila klik ikon berikut:



Klik pautan di bawah untuk membaca artikel.

Kepimpinan Guru (Teacher Leadership)
Di Sebuah Sekolah Menengah Kerajaan
Di Papar : Kes SMK Majakir
(Loh Kok Cheang)


Kaedah Mesra Warna
(Di Kalangan Murid Tingkatan Lima)
(Hajijah Hasan)*


Meningkatkan Keupayaan Menulis Karangan Sepanjang Sekurang-kurangnya 350 Patah Perkataan Dalam Masa Yang Ditetapkan Menggunakan Kaedah Salin dan Jalin
(Noor Aainah Hj.Ag.Jaafar)


Aplikasi Pendekatan Kolaboratif Untuk Meningkatkan Interaksi Berkesan Semasa Perbincangan Dalam Kumpulan Pelajar Tingkatan Enam Atas Sains
(Fareed Abdullah)


Penggunaan ’Sistem Trek’ Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Lima F (Nasionalisme Di Malaysia Sehingga Perang Dunia Kedua)
(Md. Arman @ Jamaludin Ag.Damit)


Penggunaan Kaedah “Drill And Practice” Dalam P&P Untuk Meningkatkan Kemahiran Pelajar Di Dalam “Summary Writing”
(Idzam Zakaria & Zainah Fauzee)


Menggunakan Kaedah Kuiz Bagi Meningkatkan Penguasaan Pengetahuan Pelajar Tingkatan 6 Atas dalam Topik Pentadbiran,Peundangan dan Kehakiman (Pengajian Am I)
(Ishak Hebeb Abu Bakar & Dariah Jawatin)


Meningkatkan Keupayaan Menghafal Fakta Dalam Penulisan Esei Ekonomi Asas Melalui Pendekatan Minda Bersistem
(Amanda Wong)


Menjawab Soalan Nombor 1, Esei Kertas II Sains Teras SPM dengan Menggunakan Kaedah LIBAS.
(Muhammad Fadzli Mamat)


Sistem Pembelajaran N-P ( NOTA POKET ) Meningkatkan Daya Ingatan Pelajar (Ting.3) Dalam BAB 3 : Ancaman Komunis Dan Darurat
(Dg.Sarinah Ag.Sura)


::Today's Thought::
::Personel Achievement::



You must decide exactly what is it you want in life; no one can do this for you.



Good character is more to be praised than outstanding talent. Most talent to some extent a gift. Good character, by contrast, is not given to us. We have to build it by thought, choice, courage and determination
John Luther


::Laman Web IPTA::




Universiti Malaysia Sabah


Universiti Malaysia Sarawak


Universiti Kebangsaan Malaysia


Universiti Utara Malaysia


Universiti Teknologi Malaysia


Universiti Pendidikan Sultan Idris


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Universiti Putra Malaysia


Universiti Malaya


Universiti Sains Malaysia


Universiti Teknologi Mara


Universiti Teknikal Malaysia Melaka


Universiti Malaysia Pahang


Universiti Tun Hussein Onn Malaysia


Universiti Malaysia Terengganu


Universiti Sains Islam Malaysia


Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


Universiti Malaysia Kelantan


Universiti Malaysia Perlis


Universiti Darul Iman Malaysia



Assalamualaikum wbt / Salam Sejahtera / Salam 1 Malaysia


Selamat Datang Ke Portal Pendidikan SMK Majakir Papar, Laman Portal ini lebih mesra pengguna dengan Mozilla Firefox



Barisan Pentadbir Dan Tenaga Pengajar SMK Majakir Tahun 2012

Panorama SMK Majakir Papar

Lawatan Penandaarasan Pusat Sumber Sekolah Oleh Guru-Guru Pusat Sumber Zon Kinarut



Rombongan mengabadikan kenangan di Pusat Sumber Sekolah
Majlis Anugerah Kualiti Sekolah (MAKS) II 2012



Trio kebanggaan SMK Majakir.

Dari kiri : Adik Sylvianie William (Terbaik STPM 2011, 4P, GP 3.75), Adik Aida Sabreena Binti Rosmazlan (Terbaik PMR 2011, 9A, GP 1.0) dan Adik Nur Khaleeda Binti Abidin (Terbaik SPM 2011, 10A, GP 0.5)

Majlis Anugerah Kualiti Sekolah (MAKS) I 2012




Tahniah kepada semua penerima anugerah serta AJK pelaksana MAKS 2012.

Lawatan Sambil Belajar Ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi




Ahli-ahli Kelab Pencinta Alam dan Skuad Kembara Hijau SMK Majakir yang terlibat dalam lawatan tersebut.


Pendidikan Luar Unit Kokurikulum SMK Majakir 2012



Rombongan membuat tinjauan dan kerja amal di Pantai Manis Papar.


Lawatan Kempen Kesedaran Alam Sekitar Di Kampung Sabandil Papar


Rombongan sekolah bersama penduduk Kampung Sabandil yang hadir di majlis tersebut.


Komen Dan Cadangan

Info Semasa Alam Pendidikan

DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M 1S)

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS)........baca lagi.

DASAR MBMMBI

Memartabatkan BM bermaksud meletakkan BM pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. BM juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996. Memperkukuhkan BI membawa maksud memantapkan penguasaan BI sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa........baca lagi.



Video Pilihan





"Lagu Tema 1 Malaysia"
Posted by UMDS on 2012/5/16 14:25:26 (13 reads)

LAWATAN PENANDAARASAN KE PUSAT SUMBER SEKOLAH OLEH GURU-GURU PUSAT SUMBER ZON KINARUT


Rombongan terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Pusat Sumber sekolah-sekolah rendah dalam Zon Kinarut.

16 Mei 2012 (Rabu)- Pada 11 Mei yang lalu seramai 19 orang ahli rombongan yang terdiri daripada Guru-Guru Besar, Penolong Kanan dan Guru Pusat Sumber dari Zon Kinarut telah mengadakan lawatan ke Pusat Sumber Sekolah. Rombongan ini diketuai oleh En. Sung Diana, Guru Besar SK Kaiduan yang juga merangkap Pengerusi Unit Pusat Sumber Sekolah Zon Kinarut. Tujuan lawatan adalah untuk menimba ilmu serta berkongsi idea bagaimana untuk meningkatkan kecemerlangan pusat sumber sekolah.


Taklimat mengenai Pusat Sumber Sekolah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Bin Mohamed Zian, Pengetua Cemerlang SMK Majakir.

Read More... | 2602 bytes more | Comments?

Posted by UMDS on 2012/5/14 0:21:01 (32 reads)

MAJLIS ANUGERAH KUALITI SEKOLAH (MAKS) II 2012


Para pelajar 5 Sains yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2011 bersama Pn. Hasniati Abdul Rahim, mantan guru kelas.

13 Mei 2012 (Isnin)- Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, gambar bagi para penerima Anugerah Kurikulum tidak dapat dipamerkan dalam berita kali ini. Penerima Anugerah Khas Sekolah, Anugerah Hal Ehwal Murid dan Anugerah Kokurikulum adalah seperti berikut :

Anugerah Khas SERASI


Adik Mohd Khusaini Bin Duraman

Anugerah NILAM


Adik Wenddy Kukundu

Read More... | 4345 bytes more | Comments?

Posted by UMDS on 2012/5/12 18:59:30 (54 reads)

MAJLIS ANUGERAH KUALITI SEKOLAH (MAKS) I 2012


Pentas yang menjadi saksi kepada kecemerlangan para penerima anugerah kecemerlangan bagi pencapaian pelajar sepanjang tahun 2011.

12 Mei 2012 (Sabtu)- Majlis Anugerah Kualiti Sekolah atau ringkasnya MAKS telah diadakan pada 03 Mei 2012 yang lalu. Majlis ini tetap meriah dan mendapat sambutan ramai walaupun diadakan pada skala yang sederhana. Sekali lagi para pelajar yang mempamerkan dan telah berjaya membuktikan kecemerlangan mereka dalam Peperiksaan Awam PMR, SPM dan STPM pada tahun 2011 diberi pengiktirafan di majlis ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Hj. Abdul Rahim Bin Ismail, Adun N22 Pantai Manis. Turut hadir ialah tetamu kehormat ; para Pengetua sekolah-sekolah menengah di daerah Papar, AJK PIBG, wakil agensi-agensi kerajaan dan swasta yang terlibat secara langsung dengan beberapa aktiviti yang diadakan di sekolah.


Wakil Biro Tatanegara (BTN), En. Rosmazlan sedang menyampaikan ceramah yang bertajuk Ibu Bapa Cemerlang, Anak Gemilang kepada para ibu bapa dan hadirin yang hadir.

Read More... | 6325 bytes more | Comments?

Posted by UMDS on 2012/5/8 2:21:14 (40 reads)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAMAN HIDUPAN LIAR LOK KAWI


Pemandangan bahagian hadapan pintu masuk ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi

07 Mei 2012 (Isnin)- Taman Hidupan Liar Lok Kawi terletak di daerah Putatan iaitu kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu. Taman yang berkonsepkan dua jenis taman iaitu Taman Zoologi dan Taman Botani telah dibuka secara rasminya pada bulan Mac 2007. Taman berkeluasan 112 hektar ini ditempatkan di kawasan hutan semulajadi iaitu habitat asal haiwan dan tumbuhan. Taman ini dibuka setiap hari bermula pukul 9.30 pagi hingga 5.30 petang dengan kadar bayaran RM 10 untuk orang dewasa dan RM 5 untuk kanak-kanak. Bagi pelancong asing, kadar yang dikenakan ialah RM 20 dan RM 10 bagi kanak-kanak. Sekilas pandang taman ini berpontesi untuk dijadikan tarikan baru bagi pelancong dari dalam dan luar negara berikutan keunikan haiwan-haiwan liar dan tumbuhan-tumbuhan spesies Borneo yang terdapat di sini.

Pihak sekolah telah menerima jemputan untuk melawat ke taman ini dan peluang keemasan tersebut tidak disia-siakan. Atas persetujuan bersama antara Jawatankuasa SERASI Sekolah dan pihak taman, satu lawatan sambil belajar telah dapat dilaksanakan pada 30 April yang lalu. Lawatan kali ini melibatkan seramai 13 orang ahli Skuad Kembara Hijau, 11 orang ahli Kelab Pencinta Alam dan 3 orang guru pengiring.

Objektif lawatan ini adalah untuk memupuk minat serta menambah ilmu pengetahuan tentang hidupan liar terutama spesies yang kian terancam serta bagaimana pelajar dapat membantu dalam memulihara habitat hidupan liar.


Para pelajar dan guru perlu mendaftar sebelum mengikuti sesi yang seterusnya.

Read More... | 6290 bytes more | Comments?

Posted by UMDS on 2012/5/7 0:31:14 (33 reads)

PENDIDIKAN LUAR UNIT KOKURIKULUM SMK MAJAKIR 2012


Tinjauan rombongan Unit Pakaian Seragam di Pantai Manis, Papar.

06 Mei 2012 (Ahad)- Pada 21 April yang lalu Unit Kokurikulum SMK Majakir telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke beberapa lokasi terpilih di daerah Papar. Lawatan ini melibatkan sekurang-kurangnya 2 wakil daripada setiap Unit Pakaian Seragam yang terdapat di SMK Majakir. Objektif utama lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli rombongan mengenai situasi sebenar permasalahan yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar yang terdapat di lokasi yang telah ditetapkan. Antara lokasi tersebut ialah kawasan Pantai Manis di kampung Kuala, Papar, kawasan pelupusan sampah yang terletak di kampung Langkawit, kawasan kuari batu kampung Benoni dan Sungai Papar.


Ahli rombongan sedang mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh En. Sapri Marup, Penolong Kanan Kokurikulum sebelum mereka bertolak pada pagi tersebut.

Read More... | 3370 bytes more | Comments?

Posted by UMDS on 2012/5/1 16:54:30 (50 reads)

PERKONGSIAN ILMU PEMBUDAYAAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI SEKOLAH


Sesi perkongsian ilmu melibatkan semua guru mata pelajaran selaras dengan konsep pendidikan alam sekitar yang merentasi kurikulum.

01 Mei 2012 (Selasa)- Deklarasi Tbilisi pada tahun 1978, telah mendefinasikan pendidikan alam sekitar sebagai proses pembelajaran yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai berkaitan alam sekitar dan cabaran-cabaran yang berkaitan dengannya. Ini bermakna bahawa ilmu pengetahuan mengenai pendidikan alam sekitar perlu dikongsi dan disebarkan bukan setakat di sekolah tetapi juga kepada komuniti setermpat.

Pihak sekolah melalui Jawatankuasa SERASI Sekolah sedar betapa pentingnya usaha yang berterusan dan bersepadu bagi membolehkan hasrat pendidikan alam sekitar tersebut dapat direalisasikan. Oleh yang demikian Jawatankuasa SERASI sekolah telah mengatur beberapa strategi dan menjalankan beberapa aktiviti untuk menyebarluaskan maklumat mengenai pendidikan alam sekitar dengan mengambil contoh usaha-usaha yang telah diadakan di SMK Majakir. Sebagai permulaan, Jawatankuasa SERASI telah mensasarkan guru-guru SMK Majakir. Semua guru telah didedahkan mengenai perlunya untuk menyampaikan mesej pendidikan alam sekitar semasa proses pengajaran pembelajaran guru dan murid di dalam kelas. Ruang serta peluang untuk menyampaikan mesej tersebut bergantung kepada kreativiti para guru.


Pn. Hajijah Hasan, Penyelaras SERASI sedang menyampaikan taklimat kepada para guru dan dibantu oleh Pn. Lenny Micheal.

Read More... | 3981 bytes more | Comments?

Posted by UMDS on 2012/4/22 21:52:12 (61 reads)

LAWATAN KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR DI KAMPUNG SABANDIL PAPAR


Banner sempena lawatan ke Kampung Sabandil.

22 April 2012 (Ahad)- Pada 7 April yang lalu, Jawatankuasa SERASI SMK Majakir telah mengadakan lawatan ke Kampung Sabandil Papar yang terletak kira-kira 30 km dari pekan Papar. Turut serta dalam rombongan ini ialah seramai 10 orang pelajar yang merupakan ahli Skuad Kembara Hijau SMK Majakir. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah aktitivti pertandingan mewarna yang bertemakan alam sekitar oleh kanak-kanak TaBika KEMAS, sesi taklimat untuk mempromosi 'Kitchen Garden' serta taklimat dan demonstrasi membuat baja 'Kompos Takakura'.


Tabika KEMAS yang terletak di atas bukit merupakan lokasi pertandingan mewarna oleh kanak-kanak tabika.

Read More... | 4478 bytes more | Comments?

Posted by UMDS on 2012/4/18 12:31:57 (54 reads)

PELANCARAN SKUAD KEMBARA HIJAU SMK MAJAKIR 2012


Banner Promosi Baja Kompos Takakura Dan Kitchen Garden oleh Skuad Kembara Hijau SMK Majair.

18 April 2012 (Rabu)- Pendidikan Luar Alam Sekitar merupakan satu proses pembelajaran di mana individu atau kumpulan tertentu akan memperolehi kesedaran, pengetahuan dan kemahiran mengenai alam sekitar. Untuk merealisasikan tujuan di atas, Pihak sekolah melalui Jawatankuasa SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar) SMK Majakir telah menubuhkan satu pasukan yang dinamakan Skuad Kembara Hijau SMK Majakir. Skuad ini terdiri daripada 15 orang ahli yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu, Dua, Tiga dan Empat. Setelah dilancarkan kelak, skuad ini berperanan untuk mempromosikan Penyediaan Baja Kompos Takakura dan Kitchen Garden kepada masyarakat setempat di daerah Papar. Para ahli skuad akan bergerak ke kampung-kampung terpilih untuk menyampaikan promosi dengan mengedarkan flyer serta pemplet kepada penduduk kampung. Skuad ini akan diketuai oleh penyelarasnya iaitu En. Bernie Gervais.

Antara objektif penubuhan Skuad Kembara Hijau SMK Majakir adalah seperti berikut :
(a) Mempromosikan kepada masyarakat setempat cara-cara menghasilkan Baja Kompos Takakura.
(b) Untuk menggalakkan masyarkat setempat agar mengusahakan tanaman sayur-sayuran melalui projek Kitchen Garden untuk kegunaan sendiri.
(c) Memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kepentingan pengurusan alam sekitar yang berkesan.

Pelancaran Skuad Kembara Hijau SMK Majakir telah disempurnakan pada 5 April yang lalu oleh En. Abidin Marjan, Pegawai Pelajaran Daerah Papar. Acara perasmian ini telah diadakan di hadapan Dewan OKK Mat Zakir.




Acara menanam pokok bunga di Taman KESMA oleh En. Abidin Marjan sebagai tanda rasmi sudah Skuad Kembara Hijau SMK Majakir.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada En. Abidin Marjan kerana telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis pada hari tersebut.

Sumber Berita : Pn. Rohiah Bengkui - Setiausaha Jawatankuasa SERASI SMK Majakir


Posted by UMDS on 2012/4/17 20:45:35 (82 reads)

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI SIRI I SMK MAJAKIR 2012


Para peserta kursus yang terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha unit kokurikulum masing-masing.

17 April 2012 (Selasa)- Kursus anjuran Unit Kokurikulum SMK Majakir ini telah diadakan pada 24 Mac yang lalu bertempat di Bilik Gerakan SMK Majakir. Sasaran utama kursus ini ialah semua pengerusi dan setiausaha Unit Beruniform, Persatuan dan Kelab yang terdapat di SMK Majakir. Seramai 142 orang pelajar telah terlibat termasuk 18 orang pelajar dari kelas 1KRK (Kelas Rancangan Khas).

Antara objektif utama kursus ini diadakan adalah untuk ;

(a) Memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik dan kemahiran mengurus sesuatu organisasi.
(b) Menanamkan semangat dan keyakinan serta kesungguhan kepada para pelajar untuk mentadbir dan bekerja dalam sesebuah organisasi.
(c) Melahirkan pemimpin dari kalangan pelajar yang berkarisma dan berkebolehan.
(d) Memberikan panduan kepada pelajar tentang tatacara mengendalikan mesyuarat secara teratur dan sistematik.

Read More... | 4666 bytes more | Comments?

Posted by UMDS on 2012/4/11 23:52:58 (98 reads)

PROGRAM GURU PENYAYANG SMK MAJAKIR 2012


Guru-guru berdiri di hadapan pintu utama sekolah di waktu pagi untuk menyambut dan mengalu-alukan kedatangan pelajar.

11 April 2012 (Rabu)- Pelaksanaan Program Guru Penyayang adalah bertujuan untuk menggalakkan warga guru untuk mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Selain daripada itu program ini juga diharapkan dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni di sekolah. Antara objektif utama program ini ialah :
(a) Untuk menyemai perasaan kasih sayang guru terhadap para pelajar di samping memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan diri pelajar.
(b) Untuk meningkatkan kemesraan serta ukhuwah antara guru dan pelajar.
(c) Untuk menyuburkan rasa kecintaan dalam diri seluruh warga sekolah terhadap persekitaran sekolah.


Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir bersalaman dengan pelajar sambil memberi kata-kata semangat supaya pelajar belajar bersungguh-sungguh.

Read More... | 2427 bytes more | Comments?

(1) 2 3 4 ... 28 »
::Makluman::



::Masa::

Hargai masa kerana
masa itu ibarat emas......
Space we can recover, but time never.
Napoleon Bonaparte


::e-Solat::
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
An-Nisaa' 103


::Info Pelawat::



Sejak: 19 Februari 2009

::Isu Semasa::



Pautan ke Laman Web Hari Aids Sedunia


Pautan ke Laman Kementerian Kesihatan Malaysia

::e-Kamus::










::Pautan Umum::



Kabinet Malaysia


Laman Kerajaan
Elektronik Sabah


Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan


Kenali Malaysia,
Cintai Malaysia


Perbadanan Pelancongan Sabah


Beli Barangan Malaysia,
Pilihan Bijak


Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)


























::Pautan Pendidikan::


Kementerian Pelajaran Malaysia


Jabatan Pengajian Tinggi


Jabatan Pelajaran Negeri Sabah


Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan






Borang Standard Guru Malaysia


Sektor Pengurusan Sekolah JPNS


Sektor Pengurusan Akademik JPNS

























::Pautan Alam Sekitar::


Pusat Tanah Lembap Kota Kinabalu


Bumi Kita
Tanggungjawab Kita


Bersama Kita Menjaga Alam Sekitar


World Wide Fund For Nature.

::Pautan Berita Online::











::Carian Dalaman::
::Carian Wikipedia::

Search Wikipedia:



::Carian Google::
Google

Copy. Paste. Search.
Google web search
Search :


WWW
 www.smk-majakir.net

SafeSearch::


Advanced Search
::Sponsor Links::